Aq ni tak tido lagi dari semalam duk buat semua Tutorial 1-4 tuk kursus Software Design yang aq tak buat langsung tu.. pukul 4 pagi baru siap..So, aq rehatkan badan sat.. pegi mandi ape sume then dah masuk waktu subuh, aq solat.. alahhh tu xyah cakap la.. solat itu wajib 5x sehari..
Pagi tu ade test software design, so alhamdulillah disebabkan aq buat tutorial dari bab ke bab, sekaligus aq seperti sudah mengulangkaji. Test habis, alhamdulillah aq dapat jawab semuanya dengan tenang. Kelas berganti kelas aq sntiasa boring je kt sini sbb aq ni member tak ramai, klu ade, itu pun dtg mesti bersebab.. Nama penuh aq Muhammad Nor Nashriq bin Muhammad Azzim, 15-03-1993, Degree, tahun 2 sem 4 (2017), pelajar software engineering(multimedia)..
Kisah ni bermula bila first time aq ditawarkan ke UKM, Bangi untuk menyambung Degree ku di sana selepas menghabiskan Diploma di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah(KUIPSAS). Semasa Diploma, ketika di semester ketiga, aq terbabit dalam sebuah kemalangan yang melibatkan Aq(pejalan kaki), motor dan kereta..
Selepas cuti raya aidilfitri dah tamat, dari rumahku (Selangor), aq pulang ke Kuantan untuk menyambung pelajaran.. Sewaktu aq sampai di depan kolejku aq masih di seberang jalan, jadi aq cuba ingin melintas jalan yang besar tu.. Aq pandang la arah kereta datang, aq tgok still jauh lagi, then bile aq melangkah je, BANG!! Terus gelap, aq tak nampak apa2..
Rupa2nya, ada saksi kata aq dilanggar motosikal yang salah jalan dari arah belakang aq la kiranya, pastu aq terpelanting ke tengah jalan, pemandu motosikal tu cuba angkat aq sebab time tu aq dh koma.. Time dye bawak keluar tu, ada kereta nampak kami, pastu dye brek mengejut.. kereta belakang kereta tu plak terkejut pastu terus elak dan memotong kereta yg brek mengejut tadi.. jadi dye tak perasan kami, dan terus melanggar kami berdua dengan laju, pastu lari.. So aq dan si pemandu motosikal tu dihantar ke hospital sbb dua2 koma.. Dia meninggal 4 hari kemudiannya.. Innalillah.. Aq lepas koma, aq lumpuh, aq train sendiri2 je.. lama2 aq dh boleh berjalan, aq sambung Diploma lepas cuti setahun..
Dalam keadaan leher aq ditebuk sbb rongga trachea aq kecik sbb byk parut, aq teruskan Degree kt UKM, Bangi.. Sebagai bekas pelajar Diploma Software Engineer, aq dilompatkan terus ke tahun 2 Degree in Software Engineer..
Dipendekkan cerita, aq berjumpa dengan group diploma jgk, 5 orang je.. pastu time sorg dr mereka masukkan aq dlm group whatsapp dorg, ade budak perempuan tanya, "ko invite sape tu? Oh ni yg budak xde leher tu ea?" Aq nampak je msg cmtu, angin la aq.. So, aq gegar ke asrama perempuan tu, pastu ade MEP sruh aq sabar, bla bla bla.. Long story short, kisah aq tu kecoh dalam kolej pendeta zaba sbb asrama perempuan tu dalam kolej zaba, asrama aq kt kolej burhanuddin helmi..
Bila kes aq tu dh kecoh, aq terus dicop sebagai mamat yg merbahaya.. yg betul2 faham aq je kenal aq ni mcm mne.. Dalam UKM, bila aq boring je, aq x contact "kawan" aq, tapi aq terus contact Timbalan Dekan fakulti aq sbb nk ajak sembang.. Aq rasa aq lagi rapat dgn timbalan dekan berbanding kawan sekelas aq walaupun timbalan dekan aq tu ialah seorang perempuan..
Habis dah pengenalan diri, so sekarang ni korg kenal dh aq cmne kn??
Dalam setiap kursus, byk kerja/projek yang perlu berkumpulan.. budak2 ni semua takut dgn aq, walaupun aq actually seorang yg dalam hati ada taman.. Aq sering xde kumpulan.. Sampaikan tadi, aq terpaksa berdiri di hadapan semua di dalam dewan multimedia, dan bertanya kepada semua, "ada kumpulan lebih tak?" Dr. Ibrahim, pensyarah yg ada dlm Dewan Multimedia tu ckp "ada kumpulan yg sudi amek Nash?" Semua diam je.. main sebut2 nama member lain..
Akhir cerita, aq masuk group yg semuanya perempuan belaka.. dorg pun mcm terpaksa je.. Jadi, untuk menjadi seorang yg professional, aq kena ubah diri aq ni.. walaupun dorg semua lebih muda dari aq, aq perlu merendahkan level aq supaya dorg sume rasa selesa bila dengan aq.. Apa yang mengejutkan adalah, dalam group aq tu, salah seorang perempuan tu ialah perempuan yg aq pernah nak pukul dulu tu.. LoL.. Memang aq tak sabar nk tengok macam mne aq boleh adapt dengan dorg ni.. Sama2 la kita tunggu ye.. Dari semasa ke semasa, aq akan up ke blog.. Makin lama, leher aq makin baik, aq tak perlu pakai tiub kt tekak dah sekarang.. rambut dah rebonding, dah hensem,. tak sabar nak hadapi dorg ni semua.. ppfffttt! xD
Sekian jela kot.. Assalamualaikum dan selamat malam.. ^_^
Nice bro (y)
ReplyDeletethanks -_^
DeleteSetiap yg berlaku ade hikmahnyer, yg penting perlu kuatkan diri jer :)
ReplyDeleteya betul x3.
Deletesabar je tuqq