Habis.. nk masuk 3rd year dah software engineering.. T_T
Project yg kena develop berlambak.. 1 project kena pakai banyak software..
1 software kalau nk study makan minggu.. kepala hotarkk dye..
Plus, aq dh dapat full time kerja sebagai video editor kat Kajang.. Tak payah masuk office ke hape, boleh buat dari bilik kt UKM.. tapi still...... kepala hotarkk dye.. :(
So maybe sampai tahun 2019, aq busy..
Facebook: https://www.facebook.com/Nushreeq
Instagram: nashriqazzim
Whatsapp: 0123071785
Thursday, 8 June 2017
Monday, 5 June 2017
INFO+
Intro....
....
...
Point...
- Puasa, adalah satu ibadat yang menyuruh kita menahan lapar dari terbit hingga terbenamnya fajr.
- Puasa juga mencegah diri kita dari melakukan dosa.
- Anggaplah puasa ini sebagai pelindung diri dari segala maksiat.
Conclusion....
...
...
Thursday, 1 June 2017
KENALI RIAK ZAMAN MODEN DI LAMAN SOSIAL YANG RAMAI ORANG BUAT
Pertama :
Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu
Kedua :
Snap gambar anak dalam rumah dengan caption ‘Alahai anak mama ni bla bla bla..’.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm
Ketiga :
Syukur tak henti-henti.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!
Keempat :
Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. ‘Ala jam la jalan’.. ‘Good morning semua’.. ‘Letih la hari ni’.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau..
Kelima :
Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahh hari-hari shopping habislah duit I’.. atau ‘Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?’… sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?!
Keenam :
Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. ‘Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang’.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak..
Akhir sekali :
Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption ‘mukaku tanpa mekap’… ‘mata panda letih tak cukup tidur’..bla bla bla… dengan harapan adalah orang lain komen.. ‘eh u still nampak comel lah’..’nampak muda dari umur sebenar’.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil
Maka hindarilah dari bersifat riak!
Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”
Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt.
Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya..
KENAPA?
Kenapa hisap dadah polis tangkap?
Kenapa hisap rokok tak nak tangkap?
"Sebab dadah tu memabukkan. Pastu nanti bila drive, membahayakan orang lain dan diri sendiri"
Baru tadi aq terfikir..
Rokok xde fasa 'memabukkan' tapi dye straight kepada membahayakan orang lain dan diri sendiri.. Ape cer?!
Subscribe to:
Comments (Atom)
My Ijazah..
4 September nanti dah mula tahun 3, Software Engineering kt UKM.. cuak ade.. boring ade.. penat ade.. pening plak kepala.. rasa macam nk pen...
-
Aq ni tak tido lagi dari semalam duk buat semua Tutorial 1-4 tuk kursus Software Design yang aq tak buat langsung tu.. pukul 4 pagi baru si...
